Tuesday, September 4, 2018

PERODUA Alza Baru 2018

Setelah sekian lama Perodua Alza di pasaran Malaysia, kini Versi baru didatangkan dengan penampilan lebih bergaya dan sporty bagi memberi kesegaran kepada peminat jenama tempatan. Alza dengan reka bentuk grill lebih tebal di hadapan dan bumper menonjolkan lg ciri-ciri sebuah MPV yang tidak pernah mengecewakan. Sebagai pengenalan kepada pembaharuan yang di buat hanya model SE dan ADVANCE sahaja diberikan nafas baru untuk design luaran, manakala untuk model S pula ruang dalaman yang diberi sentuhan calour lebih gelap berbanding model sebelum ini memiliki dua tona warna iaitu krim dan hitam. Gambar Rasmi akan di sediakan dalam masa terdekat tunggu untuk maklumat lanjut


Dari gambar berkenaan, perubahan paling ketara ialah pada bahagian wajah depan Alza. Bermula dari bahagian gril, ia bakal menampilkan rekaan dua bilah krom merentangi kawasan berekaan, sementara kerangka luaran rekaan gril yang sama pula hadir dalam kemasan yang kelihatan seperti krom-hitam.

Bahagian yang menempatkan lampu kabusnya juga diberi rekaan baru, dengan perumahnya datang dalam perincian hitam, yang dilanjutkan pula ke bahagian rekaan bawah bamparnya – juga dengan rekaan bilah melintang, dengan bukaan udara yang lebih besar. Lampu utamanya juga nampak diberi peningkatan, tidak lagi menggunakan unit halogen biasa seperti sebelum ini.

Selain itu, rekaan bampar secara keseluruhan juga diberikan sentuhan baru. Tidak lupa juga penggunaan rim dalam warna gelap dengan lapan jejari dengan perincian dan kemasan baru – walaupun rekaan nampak seperti dikekalkan dari yang sebelum ini.

Alza kini menjadi model paling lama dan “senior” dalam barisan kenderaan yang ditawarkan oleh Perodua ketika ini. Ia pertama kali diperkenalkan pada tahun penghujung 2009 dahulu, dan telah menerima beberapa kemaskini sepanjang tempoh hayatnya sehingga kini.

Bagaimanapun, masih belum ada perincian lanjut yang diumumkan secara rasmi oleh Perodua. Ini merupakan imej pertama bagi Alza facelift terbaru yang dapat kita lihat. Apa pandangan anda tentang rekaan terbaru bahagian depan MPV kompak ini, menarik atau sebaliknya?






1 comment:

  1. PM
    Kepada anda yang berminat untuk memiliki ape2 model perodua boleh menghubungi saya En Hazman di no 019-7431934.. sedia membantu dalam urusan jual beli kenderaan anda.

    ReplyDelete